Follow Us @soratemplates

Translate

Monday, May 28, 2018

Bila BENCI menjadi CINTA..Episod 1.0

Monday, May 28, 2018 2 Comments

Kadang pelik kan, benda yang kita tak sangka-sangka itu yang terjadi..Itulah lumrah kehidupan yang nama nya manusia...dan sekarang saya nak bercerita tentang cerita cinta sahabat saya yang pada mula nya dia fikir mustahil...hmmm...ok lets start!

Nama kawan saya ni Ann obviously laa dia ni gegirl kan..hahha..tapi kawan-kawan rapat dia ni semua lelaki sama laa jugak dengan saya sebab corak pemikiran kami ni agak berbeza dari gegirl yang lain kat luar sana tu..hahha..dia ni tak laaa girlish sangat cara bercakap macam kasar sikit kira perwatakan memang ala-ala kental laa nak di kata..

Kisah bermula apabila dia ada sahabat sehati sejiwa 5 sekawan besfren lelaki yang bernama Faliq, Fazli, Fazril, Faizal dan Faiz, yang belum kahwin lagi cuma si Faliq tu yang lain nya semua dah berumah tangga..apa yang best pasal diaorang ni memang sangat rapat dah macam adik beradik kira nya kalau ada yang susah semua turut bersusah dan selesaikan masalah tu bersama, kalau seorang tak ada duit nak makan antara mereka akan keluar duit beli makanan..memang dah macam blood brothers and sister laa..nak dijadikan cerita..

Ann ni baru kecewa di tinggalkan kekasih hati dia kahwin dengan yang lain so nak di katakan dia di dalam kesedihan yang amat mana tak nye kekasih hati kahwin lain kot dah bercinta 4 tahun punya giler lama last tak jadi kahwin berdua...kesian juga saya dengan dia, nampak ceria kat luar tapi bila hujung hari menangis, kawan-kawan yang selalu teman dia si 5F ni laaa yang hadap air mata si Ann ni hari-hari bagi support mental dan fizikal...

Ann kembali ceria seperti sebelum ni sebab dia rasa betul terharu tengok sahabat sejati dia yang sentiasa ada sama dengan dia waktu dia sedih..si Ann paling rapat dengan si Fazril ni kiranya Fazril dah macam kaunselor kat dia hari-hari kena sekolahkan supaya jadi kuat dan stop dah menangis...

Terbalik pulak si Faliq dengan si Ann ni kerja nya asyik bergaduh jer 24jam kadang-kadang sampai si Fazril,Fazli,Faizal dan Faiz naik bosan dengan sikap dia berdua ni kadang macam budak kecil tak cukup akal ada jer benda yang nak di gaduhkan nya tapi kemudian baik macam orang berkasih..kadang kelakar pun ada..haiiishhh

Mula-mula si Ann ni menyampah juga kat si Faliq dengan perangai dia tu macam benci pun ada..hahhaha..saya geli hati betul tengok..apa tak nye kalau bergaduh dah macam orang bercinta bergaduh pun ada sampai menangis si Ann di kerjakan dek si Faliq ni..

Mengantuk pulak mata ni haa..kalau nak tau apa next atau sorotan dari cerita kawan saya si Ann ni tunggu next episod 2.0 yer...heheheh...BERSAMBUNG

Peminjam PTPTN Berkemampuan Dan Kurang Tanggungan Perlu Langsaikan Hutang - Syed Saddiq

Monday, May 28, 2018 4 Comments


Sumber Gambar: Google

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketua pemuda PPBM berkata, peminjam PTPTN yang mempunyai kemampuan dan kurang tanggungan walaupun gajinya tidak mencapai RM4,000.00 sebulan wajib bertanggungjawab menyelesaikan hutang pinjaman pembelajaran mereka. 

Peminjam yang berkemampuan tidak seharusnya menggunakan wang gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup terkini seperti memiliki telefon bimbit mahal dan bercuti tetapi tidak menjelaskan hutang pinjaman. 

Walaubagaimanapun, perkara ini perlu diteliti dengan sempurna oleh kerajaan bagi membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan yang tidak mampu. Matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran pinjama PTPTN ini adalah untuk membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN. 

Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman.

Kerajaan berpendapat, dari terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka, adalah baik kami bantu golongan ini kerana ada peminjam yang bekerja hanya berpendapatan sekitar RM1,500.00 hingga RM2,000.00 yang mana tidak mencukupi ditambah pula kadar kos sara hidup yang tinggi hari ni. Malah, kadar pengangguran juga tinggi.



Sumber - BERNAMA

Saturday, May 26, 2018

Pembayaran BR1M Sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng

Saturday, May 26, 2018 2 Comments

Sumber Gambar: Google



KUALA LUMPUR: Berita baik buat rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang apabila kerajaan PH bersetuju meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan dijangka menerima bayaran kedua bantuan itu sebelum sambutan Aidilfitri.

Seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kewangan itu berkata, maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan melalui akaun Twitter @guanenglim miliknya.

Kerajaan PH akan meneruskan pemberian BR1M, namun, menurut Tun M, ianya akan dikaji semula untuk memastikan golongan yang benar-benar layak menerimanya. Kira-kira 7.2 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini sehingga Februari lalu yang memperuntukkan sebanyak RM6.8 billion. 
Sumber : MyMetro 

Jalan Jalan Japan, Outlet ke-3 kini dibuka di Centrepoint Seremban

Saturday, May 26, 2018 2 Comments

Jalan Jalan Japan merupakan outlet yang sangat terkenal dengan penjualan barangan pre-loved yang di datangkan khas dari Jepun yang kini sudah di perkenalkan di Malaysia. Pada tahun 2018 ini mereka telah membuka lagi outlet yang ketiga di Centrepoint Seremban yang bakal di lancarkan secara rasminya pada 2 June 2018, senang kata Grand Opening dia lah...
Apa yang anda tahu dan faham tentang barangan pre-loved ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya kan, barangan pre-loved merupakan barangan yang terpakai yang di jual kembali kepada pengguna yang lain dengan harga yang sangat-sangat murah di samping mempunyai kualiti yang setanding barangan baru, tetapi jangan salah faham tau barangan pre-loved tetap berbeza dari barangan baru yang anda beli di butik-butik dan di kedai-kedai.
Kemarin saya telah di beri peluang membeli-belah bersama keluarga buat pertama kali nya di outlet JJJ ini dan ketika ini lah saya telah di perkenal kan dengan Mr Daichi Shuzui yang merupakan Pengarah kepada BOK Marketing, bertuahkan saya..
Mr Daichi Shuzui telah menerajui banyak outlet di New York, Los Angeles dan Hawaii selama 15 tahun dan kini beliau menerajui outlet di Malaysia selama 2 tahun. Menurut beliau BookOff Corporation di Jepun merupakan syarikat terbesar dalam menerajui perniagaan barangan guna pakai dan kitar semula, seperti mereka membeli tv atau telefon bimbit dari individu dan kemudian nya menjual kembali barangan tersebut di pasaran dan kini mereka telah mempunyai 800 outlet di Jepun.
Menurut beliau BOK Marketing telah memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk mereka memperbesarkan perniagaan mereka di rantau Asia kerana mereka sangat tertarik dengan populasi penduduk di sini yang ramai di samping mahu memperkenal kan budaya Jepun kepada masyarakat setempat.
Jalan Jalan Japan telah mula di buka di Malaysia pada tahun 2016 di One City USJ dan ini merupakan outlet pertama mereka, kemudiannya mereka telah membuka outlet yang kedua pada tahun 2017 di One Shamelin Mall Cheras dan JJJ ini menjual lebih dari 200 jenis barangan pre-loved yang dapat memenuhi permintaan pengguna di Malaysia jadi pengguna dapat membuat pilihan bagi memenuhi kehendak masing-masing dan kini JJJ telah di buka di Centrepoint Seremban sebagai outlet yang ke tiga pada tahun 2018.
Kalau anda nak tahu apa yang lebih menarik nya lagi di Jalan Jalan Japan, pihak JJJ akan re-stok barangan setiap waktu dan setiap hari dan stok barangan baru yang di bawa terus dari Jepun akan di bekal kan antara 5 ke 6 kontena setiap bulan, jadi memang tak mungkin laa JJJ akan out of stock kan.
Antara barangan yang ada di jual di Jalan Jalan Japan adalah seperti kasut, pakaian dewasa, pakaian bayi dan kanak-kanak, peralatan sukan, pinggan mangkuk, alat permainan, souvenir, peralatan bayi, peralatan surfing, tas tangan, beg galas, peralatan memancing, peralatan untuk mendaki gunung dan banyak lagi lah dengan harga dia antara RM5.00 ke atas tak dapat saya nak seraikan semua tapi asal anda tahu memang murah tau!!
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan lagi diskaun terhadap barangan pihak JJJ ada menawarkan promosi dimana sesiapa yang post status menggunakan hashtag #jalanjalanjapan dan #hargagiler di mana-mana media sosial seperti Facebook atau instagram mereka akan mendapat tambahan 5% diskaun ketika mereka membeli barangan di JJJ nanti.Hebat dan menarik kan, jom lah ramai-ramai kita serbu outlet ni, tak sabar rasanya nak tunggu grand opening 2 June 2018 ini dia Centrepoint, Seremban...hahah
Jalan Jalan Japan
Tingkat 3, Centrepoint Seremban,
Seremban.

Wednesday, May 16, 2018

Jom ke WP Hotel, Kuala Lumpur berbuka 'in the heart of city' sambil menikmati tawaran HEBAT Buffet Ramadhan 2018..Murah!!!

Wednesday, May 16, 2018 3 Comments

Alhamdullilah, Ramadhan sudah tiba lagi semoga tahun ini lebih berkah dari tahun-tahun sebelum nya. Semua umat islam menunggu-nunggu kedatangan bulan yang mulia ini tak tinggal yang bukan muslim juga ada yang mencuba macam mana rasa nya berpuasa dan ingin merasai bagaimana rasa berbuka. Hebat kan....hmmmm
Kadang-kadang ramai yang pening nak berbuka di mana? tak tahu tempat dan hidangan mana yang mantap dan masa tu lah otak semacam terhenti..hahhahaha...jom saya nak rekemen ke WP Hotel, Kuala Lumpur di mana menawarkan Buffet Ramadhan berbuka yang sangat berpatutan dan lokasi nya yang strategik terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur memudahkan pengunjung datang.
Lebih dari 80 jenis hidangan yang disediakan di buffet berbuka puasa ini salah satu contohnya pelbagai jenis lauk pauk, bubur cha-cha dan pelbagai jenis kuih-kuih yang lain, buah kurma dan buah-buahan segar dan banyak lagi, bagi yang suka makanan barat juga ada di sediakan jadi tak perlu ragu-ragu dan risau kalau nak berbuka nanti.
 
Anda semua mesti cuba 'Roasted Lamb' yang di marinate bersama rempah rahsia untuk mendapatkan rasa yang enak bila di panggang dan selain itu boleh juga mencuba nasi beriayani bersama ayam panggang, satay dan asam laksa...hmmm terliur rasa kan bila baca..hahhaha...dengan pakej buffet berbuka yang murah anda dapat merasai semua keenakkan hidangan berbuka puasa di sana pada saya itu lah KEHEBATAN! 
Surau ada di sediakan di lantai 2 bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat maghrib dan isyak dan bagi yang ingin terus menunaikan solat Tarawih boleh ke Masjid Kampung baru tak jauh pun cuma 5 minit dari hotel, hebat dan menarik kan kita boleh lakukan semua nya dalam satu masa...so jom ramai-ramai dapatkan Buffet Ramadhan ini yaaa..
Buffet berbuka puasa bermula jam 7.00pm sehingga 10.00pm (23 May 2018 - 12 June 2018)
RM68.00 nett seorang (Dewasa) 
RM34.00 nett seorang (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun 
RM58.00 nett seorang (Warga emas) berumur lebih dari 60 tahun
Early bird price RM54.00 nett seorang (Dewasa) belian pakej buffet berbuka sebelum 21 May 2018.

Oh yaa sebelum tertinggal bagi yang ingin menganjurkan acara tertutup berbuka puasa,WP Hotel ada menawarkan beberapa seleksi menu dari RM88.00 nett seorang untuk minimum 100 orang tetamu.
Kepada yang ingin membuat tempahan awal boleh hubungi ke 03 – 618 1188 / 018-987 2050 Ext 3 Lemongrass Café atau Ext 606 untuk Sales Department.

Bagi yang ingin membuat tempahan Acara tertutup boleh hubungi ke 03 – 2618 1188 Ext 606 untuk Sales Department.

WP Hotel, Kuala Lumpur
362, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Sunday, May 13, 2018

Tawaran Ramadhan set berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah , KL

Sunday, May 13, 2018 1 Comments
Bagi sesiapa yang ingin berbuka puasa ala-ala nature dan suasana kampung dengan bunyi alunan cengkerik-cengkerik dengan suasana alam semulajadi, BBQ Lamb Kemensah, Kuala Lumpur ada menawarkan set berbuka puasa yang awesome. Saya bagi 5 bintang untuk restoren ala-ala alam semulajadi ini sebab memang best dan berpatutan semua set berbuka puasa yang di tawarkan nya, rugi kalau tak cuba. Bagi yang ingin membawa keluarga dan teman-teman boleh lah mencuba sebab hidangan disini lain dari yang lain dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sure anda semua teruja menikmati hidangan di sini..
Disini menyediakan 3 jenis set untuk berbuka puasa, iaitu:
1. Set seafood RM188/set.
2. Set daging.  Rm188/set.
3. Set burung.  RM168/set
Set tersebut sesuai utk dimakan 4~6 orang.
Semua set akan dihidang bersama buah kurma, puding, cocktail buahan, herb rice(boleh refill), lamb soup, salad/coleslaw serta minuman 2 jug.
Bagi yang ingin membawa keluarga di sini juga ada menyediakan kolam untuk bermandi manda sementara menunggu waktu berbuka puasa tiba, syok kan kat sini di samping dapat menikmati suasana alam yang fresh dan semulajadi boleh juga berehat-rehat tapi nak kena datang awal tau!!
Tempahan berbuka puasa telah dibuka bagi tarikh 19hb May ~ 12 hb Jun 2018.
Bagi yang berminat untuk sebarang pertanyaan boleh lah  menghubungi +6012 211400 dan juga boleh lawati ke laman FB https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
            BBQ Lamb Kemensah, Kuala Lumpur
Kampung Kemensah (Jalan Datuk Ramu Hati)

41000 Hulu Kelang, Selangor
Malaysia
Waktu Operasi : 12:00 PM - 4:00 PM, 7:00 PM - 11:00 PM

Azam Pandan Buffet Berbuka Puasa yang PUPULAR sudah kembali!!! Menawarkan harga 'WOW' di Kajang Perdana Avenue

Sunday, May 13, 2018 0 Comments

Pasti anda ternanti-nantikan Ramadhan Buffet yang murah dan sedap dari Azam Pandan Sdn Bhd dan tahun ini Azam Pandan juga ada menawarkan pakej buffet berbuka puasa bermula 17 Mei 2018 sehingga 12 Julai 2018 dengan harga yang berpatutan.

Bukan sahaja makanan tradisional melayu sahaja menjadi sajian berbuka puasa pada tahun ini tetapi makanan ala-ala barat serta makanan India, Cina dan Arab juga menjadi pilihan pakej buffet berbuka puasa.
Antara sajian yang menarik yang patut anda cuba adalah Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Pucuk Manis Lemak Keledek di mana hidangan lauk pauk ini jarang kita dapat ya....
Pelbagai ulam-ulaman seperti daun ulam raja, daun selom, pucuk pegaga, petai dan sayur-sayuran segar Melayu di hidangkan bersama sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak dan tak lupa juga kerabu, acar, telur asin, dan pelbagai jenis ikan kering.
Hidangan popular yang lain adalah Kambing Bakar, Nasi Arab Mandy, Ketam bakar, Satay, Ayam Golek Madu, Ikan Bakar bersama Air Asam, Nasi Ayam Hainan, Cucur Udang, Apom , Apam Balik dan ‘goreng-goreng’! 
Char Kuey Teow Penang
Hidangan pencuci mulut yang enak seperti American Cheese Cake, Tiramisu, Red Velvet, Cream Caramel, Manggo Pudding, Chocolate brownies, Ice Kacang, Rojak Buah dan Serawa Durian dengan Pulut. 
Saksikan video di bawah jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang keistimewaan juadah-juadah yang di sediakan di dalam buffet berbuka puasa oleh Azam Pandan Sdn Bhd
Kepada yang ingin membawa keluarga dan teman-teman untuk berbuka puasa boleh lah ke Kajang Perdana Avenue yang berlokasi di Kajang untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama di hari yang mulia ini.

Harga ‘WOW’ buffet berbuka puasa adalah seperti berikut:

RM 55.00 nett (Dewasa),
RM 27.50 nett (Kanak-kanak)

Jadilah pengunjung yang terawal bagi mendapatkan pakej buffet percuma untuk 2 orang untuk setiap 10 orang pengunjung yang lain dengan menelefon di 03 7840 0516/03 7843 0617 atau lawati website www.azampandan.net 

Thursday, May 10, 2018

Hannah Delisha - Esok Masih Ada (OST Mona Lisa)

Thursday, May 10, 2018 0 Comments
Lirik lagu Esok Masih Ada :
Sempurna Apakah maknanya? Mungkin sekadar
Rasa yang dijanji seketika Cintaku Benar untuk dia Namun apakah sudahnya pun semalam Hadirnya rindu ini Akhirnya 'ku mengerti Bayang kenangan kita berdua Di ruang ini cintaku bertemu Mengertilah Kasih kita sempurna Biar masa terhenti Rinduku masih ada Walau malam berganti Bahagia menanti lenamu Kerna esok diriku masih ada Percaya Terukir takdirnya Bukannya dusta Cintaku untukmu Selamanya Hadirnya rindu ini Akhirnya 'ku mengerti Bayang kenangan kita berdua Di ruang ini cintaku bertemu Mengertilah Kasih kita sempurna Biar masa terhenti Rinduku masih ada Walau malam berganti Bahagia menanti lenamu Kerna esok diriku masih ada Dalam hilang kucari Setia kuberjanji Jiwa kita bersama Kasihku dikau segala Mengertilah Kasih kita sempurna Biar masa terhenti Rinduku masih ada Walau malam berganti Bahagia menanti lenamu Kerna esok diriku masih ada Kerna esok diriku masih ada Kerna esok diriku masih ada Kerna esok diriku masih ada

Asfan Shah - Fatamorgana Cinta (OST Cinta Fatamorgana)

Thursday, May 10, 2018 0 Comments

Lirik lagu Fatamorga Cinta :


Ketika cintamu menyentuh seluruh kalbu

Peritnya terasa terkunci benci padamu
Mengapa terjadi semua ini
Dimana perginya janji kita



Bila rindu ku lukis namamu
Di hatiku yang sunyi dan pilu
Untuk aku merasa ada
Kamu di sisiku



Dimanakah letaknya cintamu
Terhukum ku dicengkam bayangmu
Akankah bahagia ataupun merana
Apakah kesudahan
Fatamorgana cinta



Tak ingin merana
Tak ingin terus sengsara
Lupakan dendammu
Biarkan duka berlalu
Mengapa terjadi semua ini
Dimana perginya janji kita



Dimanakah.....



Bila rindu ku lukis namamu
Di hatiku yang sunyi dan pilu
Untuk aku merasa ada
Kamu di sisiku



Dimanakah letaknya cintamu
Terhukum ku dicengkam bayangmu
Akankah bahagia ataupun merana
Apakah kesudahan



Dimanakah letaknya cintamu
Terhukum ku dicengkam bayangmu
Akankah bahagia ataupun merana
Apakah kesudahan
Fatamorgana cinta
Fatamorgana cinta

Pelancaran Jus Manno & Jus Manno Junior "Teman Sihat Anda" EKSKLUSIF oleh Aiman Tino

Thursday, May 10, 2018 0 Comments

Aiman Tino bukan saja berbakat di dalam bidang nyanyian malah kini telah mengorak langkah di dalam dunia perniagaan apabila sudah melancarkan produk kesihatan jenama nya sendiri iaitu "Jus Manno" dan "Jus Manno Junior" pada awal April 2018 kemarin dan kini Aiman merupakan Pengarah Urusan Syarikat Manno Resources Sdn Bhd.
Manno Resources Sdn Bhd bertindak sebagai syarikat yang menerajui produk-produk kesihatan, kecantikan dan fesyen yang berkonsepkan gabungan reka bentuk moden dan tradisional dan apa yang menarik tentang syarikat ini di setiap pembelian produk-produk, RM1 akan di sumbangkan kepada badan-badan amal dan kebajikan melalui program  yang diwujudkan oleh Aiman Tino sendiri iaitu Program Jalinan Kasih.
Produk sulung yang bertemakan jus kesihatan iaitu "Jus Manno" dan "Jus Manno Junior" telah di perkenalkan pada Februari 2018 dengan usahasama bersama Syarikat ZY Phyto Tech Industries bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi. Produk ini mempunyai pengiktirafan sijil HALAL dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jus minuman ini juga berasaskan sumber botanikal semulajadi dengan tema "Teman Sihat Anda".
Jus minuman ini telah di pasarkan di sekitar Lembah Klang bermula awal Februari 2018 dan di sekitar Putrajaya pada 23 Mac yang lalu dan kini ianya telah di pasarkan di Sarawak, ini telah menunjukkan perkembangan yang positif terhadap produk kesihatan ini di mana permintaan nya semakin meningkat dan amat menggalakkan hari demi hari.
Bercerita mengenai logo "Manno" yang berbentuk seperti sebiji buah, mempunyai bulatan berwarna merah dan dua kelopak daun melambangkan bulatnya tekad dan semangat merah menyala yang membara.

Jom kita lihat apakah khasiat dan kandungan "Jus Manno" dan "Jus Manno Junior"

Jus MannoJus Manno Junior
Kandungan
DelimaDelima 
SaffronAvokado
KurmaMadu
MaduJus Buah Pisang
Garam HimalayaBuah Tin
PudinaPegaga
HabatussaudaBacopa
Durian BelandaRosemari
FenugreekZaitun
KismisGetah Arnab
Kismis
Ginkgo Biloba
Kurma

Jus Manno : Khasiat
- Mineral, Zat Besi & Vitamin A,C,E & B6
- Menguatkan Jantung
- Menurunkan berat badan & membakar lemak
- Meningkatkan tenaga zahir & batin
- Mengawal tekanan darah
- Mencerahkan kulit & awet muda
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Mengurangkan kadar kolestrol
- Menguatkan struktur tulang
- Meningkatkan daya ingatan & tumpuan
- Berfungsi sebagai Detox
- Mengawal selera makan
- Mengandungi Kolagen

Jus Manno Junior : Khasiat
- Rawatan semulajadi demam
- Untuk perkembangan otak
- Menyingkirkan toksin
- Menyembuhkan batuk & selsema
- Menguatkan tulang
- Mengenyangkan perut
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Mengatasi masalah sembelit
- Untuk sistem pencernaan
- Menghapuskan cacing perut
- Mengandungi multivitamin

Kepada yang berminat untuk menjadi Master Stokis, Stokis dan Agen Jus Manno boleh lah mencuba merebut peluang  untuk menjadi pengedar yang terawal iaitu "Pioneer Distributor" bersama Manno Resources Sdn Bhd dengan segera. 

Manno Resources Sdn Bhd
B-26-02, Mercu Summer Suites,
8, Jalan Cendana Off Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Email : mannoresources@gmail.com
Telefon : +6019 7275990
IG : @manno.malaysia
FB: Jus Manno & Manno Junior

Mahadewi - Satu-Satunya Cinta

Thursday, May 10, 2018 0 Comments

Lirik Lagu Mahadewi Satu Satunya Cinta : 

katamu kamu cinta kepadaku selamanya 
katamu kamu rindu kepadaku selalu 
tapi mengapa aku masih ragu 

katamu aku ini cinta terakhir kamu 
katamu aku ini cinta dalam hidupmu 
tapi mengapa aku masih ragu 

mungkinkah aku ini menjadi satu-satunya cinta 
yang terakhir kamu dan tak akan ada cinta yang kedua 
dan ketiga dan cinta lainnya 

katamu kamu hilang jika aku pun pergi 
katamu kamu musnah jika cintaku punah 
tapi mengapa aku masih ragu 

katamu kamu cinta kepadaku selamanya 
katamu kamu rindu kepadaku selalu 
katamu aku ini cinta terakhir kamu 
katamu aku ini cinta dalam hidupmu 
tapi mengapa aku masih ragu 

mungkinkah aku ini menjadi satu-satunya cinta 
yang terakhir kamu dan tak akan ada cinta yang kedua 
dan ketiga dan cinta lainnya 

mungkinkah (mungkinkah) aku ini (aku ini) 
menjadi satu-satunya cinta (satu-satunya cinta) 
yang terakhir (yang terakhir) kamu dan tak akan ada (tak akan ada) 
cinta yang kedua (cinta kedua) dan ketiga (cinta ketiga) dan cinta lainnya. 

Wednesday, May 9, 2018

Makan Culture by Sakura Kristal - Hidangan PANAS & SEGAR...Wajib Cuba!!

Wednesday, May 09, 2018 0 Comments

Hari cuti kebanyakan kita keluar ke mall-mall bawa keluarga ambil angin dan window shopping dan biasanya kita akan terus cari makan di sana, kalau anda pergi ke Melawati Mall saya nak rekemen satu restoren makanannya memang best dan sedap-sedap tau sebab saya dah cuba...hahahhaha

Makan Culture by Sakura Kristal mempromosikan "Asian-based fusion food" restoren ini menyajikan pelbagai hidangan sesuai untuk di nikmati oleh semua golongon lapisan masyarakat di Malaysia di samping harga yang berpatutan, jadi sesiapa yang ingin membawa keluarga atau pasangan boleh la mencuba hidangan di Makan Culture ni. 
Kepada yang suka menikmati makanan ala-ala barat pun ada di sini tau bukan makanan Asia sahaja sebab tu lah saya rekemen tempat ni, kalau anda semua dah cuba mesti nak datang lagi di samping ruangan restoren yang amat selesa sesuai bagi yang berkeluarga.

Apa yang lebih menarik di Makan Culture ni, layanan dari pelayan restoren sangat baik dan ramah-ramah orang nya jadi kita pun selesa, di sini juga ada menyediakan makanan kepada sesiapa yang mengamalkan Vegetarian.

Teh Tarik Leleh mengancam!!! Anda harus cuba ni lain dari yang lain...hahhaha

Saya sangat suka minum "Sloppy Mugs", serius saya rasa anda patut mencuba minuman ni memang unik dan rasa sangat sedap...hahhaha

                                              Kepada yang teruja ingin mencuba hidangan boleh ke : 
Makan Culture Melawati Mall
L3,13 Melawati Mall, 355, Jalan Bandar Melawati
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm

Kepada yang ingin membuat tempahan awal boleh lah hubungi ke : 
          +603 41613689
Atau
Sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut tentang Makan Culture boleh lah lawati ke :
https://www.facebook.com/MakanCultureMalaysia/

K-POP Boy Band of the day "BTS"

K-POP Boy Band of the day "BTS"

K-POP News Updates

BTS members involved in a car accidents!!!!

Jungkook was involved in a minor car accident on 2nd November as reported by Big Hit Entertainment agency. The incidents happen during his driving through Hannam in the Yongsan District of Seoul, where he hitting a taxi driver’s car. The 22-year-old has admitted his fault in the incident and a settlement was made with the other driver.

As in his agency statement Jungkook admitted that he violated the road Traffic Act immediately after the accident. The scene of the accident was resolved and police questioning was completed according to the due process, and an amicable settlement was made with the victim afterwards. ‘We once again apologize to the victim, and we also express apologies for causing concern to fans.’ Jeon Jung-kook and the driver were both taken to hospital where they were treated for minor bruises.

Source : MetroUK

Follow by Email